Saturday 8 September 2012

Latih tubi : Penambahan dan Penolakan



Assalamualaikum dan selamat malam! :)

Dalam entri kali ini, saya menyediakan beberapa soalan tentang penambahan dan penolakan. Semua sudah belajar tajuk penambahan dan penolakan bukan? Jadi, apa yang diragukan lagi? Marilah kita mengulangkaji tajuk ini dengan menjawab kesemua soalan yang disediakan. :)


Soalan 1 :
Semasa suatu promosi, 37 840 sampel krim muka telah diedarkan. 755 sampel krim muka masih tinggal selepaspromosi. Berapakah bilangan sampel krim muka yang disediakan untuk promosi itu?

Soalan 2 :
Di sebuah bandar, terdapat 86 415 buah motorsikal dan 38 674 buah kereta. Berapakah lebihnya bilangan motosikal daripada kereta itu?

Soalan 3 :
Seorang kontraktor menempah 80 000 keping jubin. Dia telah menerima 39 210 keping jubin semalam dan 22 366 keping jubin hari ini. Cari bilangan jubin yang belum diterimanya.

Soalan 4 :
Terdapat 2150 orang pekerja lelaki di sebuah kilang makanan. Bilangan pekerja wanita di kilang itu lebih daripada pekerja lelaki seramai 639 orang. Cari jumpa pekerja di kilang itu.

Soalan 5 :
Pada tahun 2009, 5245 orang melawat Zoo Negara. Pada tahun 2010, bilangan pelawat bertambah sebanyak 1367 orang. Berapa orangkah yang melawat Zoo Negara pada tahun 2010?

Soalan 6 :
Jamal ada 7413 ekor ayam. Bilangan ayam Dollah adalah 2656 kurang daripada bilangan ayam Jamal. Berapakah bilangan ayam yang Dollah ada?


Selamat mencuba! :)




No comments: