Wednesday 29 August 2012

ABM : A day as shopaholic.



Assalamualaikum dan selamat petang. :)

Nak tengok contoh ABM yang saya pernah reka dan buat?


ABM : A Day As Shopaholic
Tajuk : Money
Bahan-Bahan : Kertas manila, mounting board, gambar-gambar, kertas warna, kad-kad soalan, lembaran kerja.







Bagaimana guru boleh menggunakan ABM ini dalam mengajar tajuk "Money"?

Banyak aktiviti yang boleh dibentuk menggunakan ABM ini. Pertamanya ialah guru boleh meminta murid-murid melengkapkan harga barang-barang dalam lembaran kerja yang diedarkan dan membuat semakan jawapan dengan rakan-rakan yang lain.

Keduanya, guru juga boleh meminta murid-murid berlakon berada di pusat membeli-belah dan memberi syarat kepada mereka untuk membeli 5 jenis barang kegemaran mereka dan menuliskan harga-harga barang tersebut dalam lembaran kerja yang diberikan.

Ketiganya, guru juga boleh meminta murid-murid melakukan operasi penambahan bagi harga-harga barang yang telah disenaraikan dalam lembaran kerja sama ada dalam bentuk individu, pasangan atau kumpulan.

Menarik bukan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan menggunakan ABM ini? Jadi, bolehlah mencubanya dalam mengajar tajuk "Money". Selamat mencuba! :)


No comments: