Monday 27 August 2012

Jenis-jenis slaid OHP.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. :)

Cuba lihat ke luar tingkap anda sekarang. Nampaknya cuaca mendung di luar sana. Pastikan anda semua sudah mengambil pakaian di ampaian dan tutup tingkap rumah anda yee. Jangan main-main dalam hujan yee. Nanti demam dan esok tak boleh ke sekolah. Siapa yang rugi? Yee kita yang rugi. Jadi, jaga diri masing-masing yee. :)

Berbalik kepada tajuk entri di atas, saya ingin berkongsi jenis-jenis slaid OHP yang boleh disediakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sememangnya kebanyakan daripada guru sukakan persembahan multimedia atau persembahan powerpoint, tapi masih ada sesetengah guru yang inginkan kelainan dengan menggunakan slaid OHP untuk mengajar tajuk yang dirasakan sesuai.

Jadi, di sini saya ada sediakan 2 jenis slaid OHP yang boleh dibuat oleh guru-guru iaitu slaid jenis pertindihan dan slaid jenis tetingkap. Marilah kita tengok contoh-contoh di bawah ini.


Slaid jenis pertindihan.

Slaid jenis pertindihan.

Slaid jenis tetingkap.

Slaid jenis tetingkap.

Slaid jenis tetingkap.


Nampak mudah dan menarik bukan? Pasti murid-murid akan teruja untuk belajar di dalam bilik darjah. :)

Selamat mencuba!

No comments: