Friday 31 August 2012

Topik : Berat dan jisim.



Assalamualaikum dan selamat pagi. :)

Semua sihat ker? Semoga semua berada dalam keadaan sihat dan bersemangat untuk belajar. :D

Pada kali ini, saya ingin berkongsi nota penting tentang tajuk berat dan jisim. Pasti semua sudah tidak sabar-sabar lagi bukan? Ayuh kita belajar tajuk ini bersama-sama. :)






Nota ini mudah difahami bukan? :) Jadi, rajin-rajin lah belajar untuk mendapat lebih kefahaman tentang konsep Matematik. :)

Selamat belajar semua! Jangan lupa siapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru yee. :)


Topik : Isipadu cecair.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. :)

31 Ogos 2012. Selamat hari kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia. Semoga kita sentiasa hidup aman dan damai di negara kita. InsyaAllah. :)

Baiklah. Hari ini saya akan berkongsi sedikit nota tentang isipadu cecair. Ayuh kita baca nota ini bersama-sama.









Senang bukan tajuk "Sukatan"? :) Selamat belajar semua!


Wednesday 29 August 2012

ABM : A day as shopaholic.



Assalamualaikum dan selamat petang. :)

Nak tengok contoh ABM yang saya pernah reka dan buat?


ABM : A Day As Shopaholic
Tajuk : Money
Bahan-Bahan : Kertas manila, mounting board, gambar-gambar, kertas warna, kad-kad soalan, lembaran kerja.







Bagaimana guru boleh menggunakan ABM ini dalam mengajar tajuk "Money"?

Banyak aktiviti yang boleh dibentuk menggunakan ABM ini. Pertamanya ialah guru boleh meminta murid-murid melengkapkan harga barang-barang dalam lembaran kerja yang diedarkan dan membuat semakan jawapan dengan rakan-rakan yang lain.

Keduanya, guru juga boleh meminta murid-murid berlakon berada di pusat membeli-belah dan memberi syarat kepada mereka untuk membeli 5 jenis barang kegemaran mereka dan menuliskan harga-harga barang tersebut dalam lembaran kerja yang diberikan.

Ketiganya, guru juga boleh meminta murid-murid melakukan operasi penambahan bagi harga-harga barang yang telah disenaraikan dalam lembaran kerja sama ada dalam bentuk individu, pasangan atau kumpulan.

Menarik bukan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan menggunakan ABM ini? Jadi, bolehlah mencubanya dalam mengajar tajuk "Money". Selamat mencuba! :)


Monday 27 August 2012

Jenis-jenis slaid OHP.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. :)

Cuba lihat ke luar tingkap anda sekarang. Nampaknya cuaca mendung di luar sana. Pastikan anda semua sudah mengambil pakaian di ampaian dan tutup tingkap rumah anda yee. Jangan main-main dalam hujan yee. Nanti demam dan esok tak boleh ke sekolah. Siapa yang rugi? Yee kita yang rugi. Jadi, jaga diri masing-masing yee. :)

Berbalik kepada tajuk entri di atas, saya ingin berkongsi jenis-jenis slaid OHP yang boleh disediakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sememangnya kebanyakan daripada guru sukakan persembahan multimedia atau persembahan powerpoint, tapi masih ada sesetengah guru yang inginkan kelainan dengan menggunakan slaid OHP untuk mengajar tajuk yang dirasakan sesuai.

Jadi, di sini saya ada sediakan 2 jenis slaid OHP yang boleh dibuat oleh guru-guru iaitu slaid jenis pertindihan dan slaid jenis tetingkap. Marilah kita tengok contoh-contoh di bawah ini.


Slaid jenis pertindihan.

Slaid jenis pertindihan.

Slaid jenis tetingkap.

Slaid jenis tetingkap.

Slaid jenis tetingkap.


Nampak mudah dan menarik bukan? Pasti murid-murid akan teruja untuk belajar di dalam bilik darjah. :)

Selamat mencuba!

Saturday 25 August 2012

Application Paint.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. :)))

Cuba teka, bagaimana hendak mereka bentuk atau design banner yang mudah dan ringkas?

Yeee tepat sekali! Menggunakan Application Paint. Seronok sangat bagi sesiapa yang suka melukis dan melakar menggunakan pelbagai warna dan bentuk yang disediakan.

Cuba lihat contoh reka bentuk banner yang saya buat. Sekejap sahaja dah siap. Senang bukan? :)




Kalau ada pertandingan Matematik atau sebagainya, bolehlah gunakan application ini untuk mereka bentuk banner. Pasti menyeronokkan!

Selamat mencuba semua! :)


Wednesday 22 August 2012

Topic : Mass Part 2



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. :)

Let's continue our revision on mass! I'm going to show on how to measure mass.


  



Friday 17 August 2012

Topic : Mass Part 1



Introduction to mass. 

Are you ready to learn "Mass"? Get ready, set, go! :)




 You should know the units in measuring mass. The units are gram and kilogram. Gram is used to measure a small object and kilogram is used to measure a big object. Gram is written as "g" and kilogram is written as "kg". Do you understand my explanation? :)






Next, let's read the mass given. I'll guide you for the first time. 6 kg is read as "six kilograms". 30 g is read as "thirty grams". Now, can you read the mass below?



I think it is enough for today's lesson. Let's continue learning this topic on the next entry. Okey everyone? :)

Don't forget to do revision at home. Plan and spend your time wisely. :)


Goodbye and Assalamualaikum. :)


Tuesday 14 August 2012

Jawapan teka teki Matematik slot 1.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. :)

Mesti semua tertunggu-tunggu akan jawapan bagi teka-teki dalam entri yang lepas. Kepada yang belum sempat membaca soalan-soalan teka-teki yang telah saya berikan, silalah tekan di sini. Masih sempat untuk sama-sama menjawab teka-teki ini. :)

Baiklah, sekarang masa yang ditunggu-tunggu. Berikut merupakan jawapan bagi teka-teki dalam slot 1. Marilah kita sama-sama menyemak jawapan kita. :)


Soalan 1 : All of them of course!

Soalan 2 : Put it in front of a mirror.

Soalan 3 : A clock.

Soalan 4 : The letter e.

Soalan 5 : Your age.


Siapa yang dapat semua jawapan betul? Sila beri tepukan kepada diri sendiri. :) Seronok dan kelakar bukan jawapan-jawapannya. Kalau ada masa lapang, boleh berteka-teki dengan rakan-rakan di sekolah ataupun ahli keluarga di rumah. Pasti menyeronokkan! :)

Untuk mendapatkan lebih banyak teka-teki yang menarik dan menyeronokkan, boleh melayari laman-laman di bawah ini.





Selamat berteka-teki semua! :)


Friday 10 August 2012

Teka teki Matematik slot 1.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. :)

Entri kali ini pasti akan menyeronokkan hati semua kerana saya ingin berkongsi beberapa teka-teki menarik dan kelakar yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik. Soalannya ringkas sahaja dan jawapannya amatlah senang. :)

Mesti semua tak sabar nak tahu teka-teki yang saya nak kongsikan, betul tak? Soalan-soalan di bawah dalam Bahasa Inggeris. Di samping kita menambah pengetahuan tentang mata pelajaran Matematik, kita dapat meningkatkan kemahiran menggunakan bahasa kedua terpenting iaitu Bahasa Inggeris. Sangat bermanfaat bukan? Ayuh kita isi masa lapang kita dengan menjawab teka-teki di bawah. :)


Soalan 1 : Which month has 28 days?

Soalan 2 : What’s the easiest way to double your money?

Soalan 3 : What has a face and two hands but no arms or legs?

Soalan 4 : What occurs twice in a week, once in a year but never in a day?

Soalan 5 : What goes up and doesn’t come back down?


Semua orang sudah baca dan faham ker soalan-soalan di atas? Kalau sudah, mesti semua orang sudah ada jawapan masing-masing bukan? :)

Agak-agak betul tak jawapan anda semua? Tunggukan jawapan yang betul pada entri yang akan datang. :)


Selamat mencuba dan berfikir semua!