Showing posts with label Operasi asas. Show all posts
Showing posts with label Operasi asas. Show all posts

Wednesday, 12 September 2012

Permainan Garis Nombor.



Apa khabar semua? Sudah kah anda makan malam bersama-sama keluarga? Kalau sudah selesai makan malam, marilah membuat sedikit ulangkaji pada malam ini.

Sesi ulangkaji malam ini pasti menarik kerana saya telah memasukkan permainan yang menyeronokkan. Anda semua pasti sudah tidak sabar untuk bermain bukan? Baiklah, mari kita mengulangkaji tentang operasi asas nombor bulat! :)

Mari main menembak nombor! Pasti menyeronokkan. Sila tekan di sini. :)




Selepas bermain permainan ini, pasti anda sudah mahir dalam operasi asas nombor bulat! Yahooo! :)

Jangan tidur lambat yea semua. Selamat malam semua!


Saturday, 8 September 2012

Latih tubi : Penambahan dan Penolakan



Assalamualaikum dan selamat malam! :)

Dalam entri kali ini, saya menyediakan beberapa soalan tentang penambahan dan penolakan. Semua sudah belajar tajuk penambahan dan penolakan bukan? Jadi, apa yang diragukan lagi? Marilah kita mengulangkaji tajuk ini dengan menjawab kesemua soalan yang disediakan. :)


Soalan 1 :
Semasa suatu promosi, 37 840 sampel krim muka telah diedarkan. 755 sampel krim muka masih tinggal selepaspromosi. Berapakah bilangan sampel krim muka yang disediakan untuk promosi itu?

Soalan 2 :
Di sebuah bandar, terdapat 86 415 buah motorsikal dan 38 674 buah kereta. Berapakah lebihnya bilangan motosikal daripada kereta itu?

Soalan 3 :
Seorang kontraktor menempah 80 000 keping jubin. Dia telah menerima 39 210 keping jubin semalam dan 22 366 keping jubin hari ini. Cari bilangan jubin yang belum diterimanya.

Soalan 4 :
Terdapat 2150 orang pekerja lelaki di sebuah kilang makanan. Bilangan pekerja wanita di kilang itu lebih daripada pekerja lelaki seramai 639 orang. Cari jumpa pekerja di kilang itu.

Soalan 5 :
Pada tahun 2009, 5245 orang melawat Zoo Negara. Pada tahun 2010, bilangan pelawat bertambah sebanyak 1367 orang. Berapa orangkah yang melawat Zoo Negara pada tahun 2010?

Soalan 6 :
Jamal ada 7413 ekor ayam. Bilangan ayam Dollah adalah 2656 kurang daripada bilangan ayam Jamal. Berapakah bilangan ayam yang Dollah ada?


Selamat mencuba! :)