Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Saturday, 8 September 2012

Polygon song.



Siapa tahu apa maksud poligon?

Poligon ialah satu ditutup menyatah jalan terdiri daripada sebilangan yang terhingga berurutan tembereng garisan.Garis lurus segmen-segmen yang membentuk poligon telah dipanggil nya tepi atau segi-segi dan titik-titik di mana tepi memenuhi adalah polygon's bucu-bucu. Andai satu poligon adalah mudah, kemudiannya tepinya (dan bucu-bucu) terdiri daripada sempadan satu rantau bersudut, dan tempoh poligon kadangkala juga menjelaskan pedalaman rantau bersudut (kawasan terbuka bahawa jalan ini memagari) atau kesatuan kedua-dua rantau dan sempadannya.



Sumber : Wikipedia


Mahu belajar lebih mendalam tentang poligon? Mari kita menyanyi bersama-sama lagu poligon di bawah. Pasti seronok! :)





Tuesday, 4 September 2012

Video tentang bentuk dan ruang.





Selamat menonton video tentang pengenalan kepada bentuk-bentuk dan ruang yang ada dalam mata pelajaran Matematik tahun 4. Pasti semua seronok dan faham akan tajuk ini! :)

Sunday, 2 September 2012

Permulaan belajar mengira.



Hello everyone! :)

Kali ini, saya telah menyediakan satu video menarik khas untuk anda semua yang baru mengenali Matematik. Sesuai untuk murid-murid pra sekolah. :) Kalau sesiapa ada adik-adik yang masih belum mahir mengira, ayuhlah ajak dia mengira bersama-sama menggunakan video nyanyian ini. Pasti mudah untuk dia mengingati asas nombor. Apa lagi yang ditunggu? Mari mengira! :)




Monday, 23 July 2012

Penggunaan muka jam dalam sifir 6.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. :) 

Diharap semua sihat-sihat selalu. :) Masih belum terlambat untuk saya ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada semua yang beragama Islam. Mesti seronok kan beraya di kampung halaman masing-masing. :)

Berbalik kepada tajuk entri saya pada kali ini, saya ingin berkongsi video tentang cara menghafal sifir 6 menggunakan muka jam memandangkan kemahiran mengingat sifir amatlah penting dalam mata pelajaran Matematik terutamanya di peringkat rendah. Tahu tak gambar muka jam macam mana? Boleh rujuk kepada gambar di bawah.


Contoh muka jam.

Contoh muka jam.


Menggunakan muka jam seperti contoh-contoh di atas, kita boleh menghafal sifir 6 dengan cepat dan mudah. Mari kita tonton video di bawah ini.




Menarik bukan kaedah yang ditunjukkan dalam video di atas ini? :) Jadi, bolehlah kita menghafal sifir 6 dengan mudah dan cepat. 

Jangan lupa berkongsi kaedah ini dengan rakan-rakan yang lain. Kalau ada kaedah lain yang boleh dikongsikan bersama-sama, silalah tinggalkan link pada komen entri ini. :)

Selamat menghafal sifir 6! :)