Showing posts with label Teka-teki. Show all posts
Showing posts with label Teka-teki. Show all posts

Wednesday, 5 September 2012

Permainan : Cari benda tersembunyi bahagian 1.



Adik-adik, tahukah tentang permainan mencari objek tersembunyi? Pasti adik-adik tahu kan? Nak main sambil mengasah minda dan mata tak? Jom cari benda tersembunyi dalam gambar di bawah. :)



Jika adik-adik tahu jawapannya, silalah berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. :)

Selamat mencuba!


Tuesday, 14 August 2012

Jawapan teka teki Matematik slot 1.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. :)

Mesti semua tertunggu-tunggu akan jawapan bagi teka-teki dalam entri yang lepas. Kepada yang belum sempat membaca soalan-soalan teka-teki yang telah saya berikan, silalah tekan di sini. Masih sempat untuk sama-sama menjawab teka-teki ini. :)

Baiklah, sekarang masa yang ditunggu-tunggu. Berikut merupakan jawapan bagi teka-teki dalam slot 1. Marilah kita sama-sama menyemak jawapan kita. :)


Soalan 1 : All of them of course!

Soalan 2 : Put it in front of a mirror.

Soalan 3 : A clock.

Soalan 4 : The letter e.

Soalan 5 : Your age.


Siapa yang dapat semua jawapan betul? Sila beri tepukan kepada diri sendiri. :) Seronok dan kelakar bukan jawapan-jawapannya. Kalau ada masa lapang, boleh berteka-teki dengan rakan-rakan di sekolah ataupun ahli keluarga di rumah. Pasti menyeronokkan! :)

Untuk mendapatkan lebih banyak teka-teki yang menarik dan menyeronokkan, boleh melayari laman-laman di bawah ini.





Selamat berteka-teki semua! :)


Friday, 10 August 2012

Teka teki Matematik slot 1.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. :)

Entri kali ini pasti akan menyeronokkan hati semua kerana saya ingin berkongsi beberapa teka-teki menarik dan kelakar yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik. Soalannya ringkas sahaja dan jawapannya amatlah senang. :)

Mesti semua tak sabar nak tahu teka-teki yang saya nak kongsikan, betul tak? Soalan-soalan di bawah dalam Bahasa Inggeris. Di samping kita menambah pengetahuan tentang mata pelajaran Matematik, kita dapat meningkatkan kemahiran menggunakan bahasa kedua terpenting iaitu Bahasa Inggeris. Sangat bermanfaat bukan? Ayuh kita isi masa lapang kita dengan menjawab teka-teki di bawah. :)


Soalan 1 : Which month has 28 days?

Soalan 2 : What’s the easiest way to double your money?

Soalan 3 : What has a face and two hands but no arms or legs?

Soalan 4 : What occurs twice in a week, once in a year but never in a day?

Soalan 5 : What goes up and doesn’t come back down?


Semua orang sudah baca dan faham ker soalan-soalan di atas? Kalau sudah, mesti semua orang sudah ada jawapan masing-masing bukan? :)

Agak-agak betul tak jawapan anda semua? Tunggukan jawapan yang betul pada entri yang akan datang. :)


Selamat mencuba dan berfikir semua!